Friday, April 22, 2011

~hOT POTATOES~

Modul Jmix

Jenis alat pengarang         : Jmix
Objektif alat pengarang      : Jmix digunakan untuk membina soalan yang memerlukan penyusunan semula huruf menjadi perkataan ataupun perkataan menjadi ayat. Idea latihan ini adalah supaya semua pelajar dapat

Langkah-langkah penggunaan:
1.  Mula-mula buka perisian (software) Hot Potatoes Version 6 ini. Kemudian pilih alat pengarang JMix untuk memulakan program.

2.  Kemudian masukkan tajuk di title dan karangkan perkataan atau ayat untuk dijadikan sebagai soalan di bahagian Main sentence (1 huruf atau 1 ayat untuk satu barisan).

3.  Masukkan jawapan yang sebenar mengikut turutan yang berkemungkinan di bahagian Alternate sentences.

4.    Seterusnya tekan butang         untuk menyimpan  dan mengeksport hasil kerja menjadi laman web Hot Potatoes Version 6 dan Save hasil kerja tersebut didalam folder anda.
5.    Kemudian pilih “View the exercise in my browser”.

6. Setelah siap semua langkah di atas, pergi ke tempat file tersebut di simpan dan buka file tersebut. Paparan tersebut dapat digambarkan seperti gambar rajah di bawah. Soalan telah siap untuk dijawab.

7.  Setelah semua soalan siap dijawab, pelajar hanya perlu menekan butang “Check”. Jawapan yang betul akan terus dimasukkan ke dalam teks manakala jawapan yang salah akan masih berada di dalam petak, jadi ia dapat diperbetulkan. Apabila pelajar menyemak jawapan dan tidak semuanya betul, penalti akan dikenakan, jadi markah akan bergantung pada berapa kali jawapan tersebut disemak sehingga jawapan tersebut betul. Setelah menjawab semua soalan, paparan skor akan dipaparkan seperti gambar rajah di bawah.





~hOT POTATOES~

Modul JCloze

Jenis alat pengarang      : JCloze

Objektif alat pengarang : JCloze digunakan untuk membina soalan mengisi tempat kosong. Idea latihan mengisi tempat kosong ini adalah supaya semua pelajar dapat menyempurnakan semua soalan sebelum menyemaknya.

Langkah-langkah Penggunaan

1.  Mula-mula buka perisian (software) Hot Potatoes Version 6 ini. Kemudian pilih alat pengarang JCloze untuk memulakan program.

2. Kemudian masukkan tajuk dan karangkan cerita atau apa-apa sahaja untuk dijadikan sebagai artikel untuk dijadikan soalan.
                     
3.    Kemudian untuk membuat tempat kosong, pilih perkataan yang hendak dikosongkan tempatnya dan kemudian tekan butang Gap.

4.    Setelah menekan butang Gap, masukkan petunjuk dan jawapan alternatif sekiranya ada atau perlu seperti gambar rajah di bawah.

5.Seterusnya tekan butang         untuk menyimpan  dan mengeksport hasil kerja menjadi laman web Hot Potatoes Version 6. Pilih “View the exercise in my browser”

6. Setelah siap semua langkah di atas, pergi ke tempat file tersebut di simpan dan buka file tersebut. Paparan tersebut dapat digambarkan seperti gambar rajah di bawah. Soalan sudah siap untuk dijawab.

7.   Setelah semua soalan siap dijawab, pelajar hanya perlu menekan butang “Check”. Jawapan yang betul akan terus dimasukkan ke dalam teks manakala jawapan yang salah akan masih berada di dalam petak, jadi ia dapat diperbetulkan. Apabila pelajar menyemak jawapan dan tidak semuanya betul, penalti akan dikenakan, jadi markah akan bergantung pada berapa kali jawapan tersebut disemak sehingga jawapan tersebut betul. Setelah menjawab semua soalan, paparan skor akan dipaparkan seperti gambar rajah di bawah.




no TIRU2..

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
New post dekat blog jom blajar nie...
 rase2 nya nk ltak semua asignment yg penah aku buat..
disamping boleh kongsi,
 aku boleh jugak simpan sbagai backup.. 
hehehe..

ok..
tgk boleh.. tiru JANGAN yer!!